Friday, June 27, 2014

KITA MANUSIA

Kita ini..
kalau boleh mahukan yang indah sahaja..
mahukan kehidupan senang tanpa susah..
tak ada kehidupan yang tak pernah diuji Allah..
bak kata orang, hidup ini ibarat roda..
berputar, terkadang di atas, terkadang di bawah..

Kita ini..
bila di atas selalunya gembira tak ingat dunia..
bila di atas selalunya leka dengan pinjamanNya..
bila di atas selalunya lupa bersyukur padaNya..
bila di atas selalunya hanyut bersama dunia sementara..

Kita ini..
bila di bawah baru tahu erti kehidupan sebenar..
bila di bawah baru sedar siapalah kita..
bila di bawah baru ingat yang maha kuasa..
bila di bawah baru merangkak mencari pencipta..


Manusia..
bersyukurlah..
saat senang jua susah..
buktikan kita manusia tahu erti syukur..
:)










Sunday, June 22, 2014

kita bukan dia

Dia memang dia..
mana mungkin kita menjadi dia
kita boleh jadi macam dia
but not exactly  dia
Dia memang dia..
kita tak tahu hidup dia sebenarnye
sebab kita bukan dia
Dia memang dia..
apa kita nampak itulah dia
tapi ada lagi dia disebalik dia


Setiap orang itu Allah ciptakan 
dengan jalan cerita yang tersendiri,
sesuai dengan diri kita..
Allah tentukan itu terbaik untuk kita
kebahagian, kesusaha, ujian, itu semua yang terbaik untuk kita
yang kita fikir baik, itu tak semestinya baik untuk kita
dan sebaliknya..
Allah maha mengetahui, maha bijaksana untuk mengatur hidup kita..


Hargailah hidup kita..
Hargailah segala pinjaman yang Allah berikan..
Hargai semua di sekeliling kita..
Hargailah segalanya..


may Allah ease everything..






Sunday, June 15, 2014

Dia beri kita dapat




Apa yang kita dapat
itu bahagian kita..
Apa yang kita dapat
itu yang kita usahakan..
Apa yang kita dapat
itu lah kemampuan kita..
Apa yang kita dapat
dah memang tertulis untuk kita..
Apa yang kita dapat
memang yang terbaik untuk kita


kerana Allah yang bagi apa yang kita dapat
kerana  Allah yang menciptakan kita
kerana Allah tahu yang terbaik untuk kita


bersyukurlah dengan apa yang kita dapat
bersyukurlah kerana tak semua orang dapat apa yang kita dapat
bersyukurlah kerana terselit hikmah disebalik segala..