Friday, June 27, 2014

KITA MANUSIA

Kita ini..
kalau boleh mahukan yang indah sahaja..
mahukan kehidupan senang tanpa susah..
tak ada kehidupan yang tak pernah diuji Allah..
bak kata orang, hidup ini ibarat roda..
berputar, terkadang di atas, terkadang di bawah..

Kita ini..
bila di atas selalunya gembira tak ingat dunia..
bila di atas selalunya leka dengan pinjamanNya..
bila di atas selalunya lupa bersyukur padaNya..
bila di atas selalunya hanyut bersama dunia sementara..

Kita ini..
bila di bawah baru tahu erti kehidupan sebenar..
bila di bawah baru sedar siapalah kita..
bila di bawah baru ingat yang maha kuasa..
bila di bawah baru merangkak mencari pencipta..


Manusia..
bersyukurlah..
saat senang jua susah..
buktikan kita manusia tahu erti syukur..
:)










No comments:

Post a Comment